Thursday, 27 October 2016

Fungsi Utama JKAPP, MDBG

BAHAGIAN PELESENAN

Bertanggungjawab di dalam mengawal dan menggalakkan perdagangan dan perindustrian melalui pengeluaran dan penguatkuasaan lesen perniagaan



BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
Bertanggungjawab mengendali pengurusan berkaitan perkhidmatan:-
  1. Mengawal selia kualiti perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
  2. Menjalankan aktiviti kesihatan persekitaran
  3. Mengadakan aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan bagi membudayakan gaya hidup sihat

Jemputan Menghadiri Sesi Akujanji Kontrak Perkhidmatan Pemungutan Sampah & Sisa Buangan Lain Dalam Kawasan MDBG (Zon A - C)

Bil (26) dlm MDBG (JKAPP) 7/2016

Pemilik / Pengurus
WANGSA KLASIK ENTERPRISE (ZON A – SIMPANG PULAI)
No. 16, Medan Lapangan Lagenda 2
Taman Lapangan Lagenda
31350 Ipoh

Pemilik / Pengurus
NUTRIBUMI SDN BHD (ZON B – SIPUTEH/TRONOH)
No. 18, Jalan SCI 1/6
Taman Rekreasi Tambun Bandar Sunway
31150 Ulu Kinta

Pemilik / Pengurus
KUWASA ENTERPRISE (ZON C – LAHAT)
PT 4060
Kg Ara Payung
31000 Batu Gajah

Tuan,

MENGHADIRI SESI MENANDATANGANI SURAT AKUJANJI BAGI KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMUNGUTAN SAMPAH & SISA BUANGAN LAIN DALAM KAWASAN MDBG (ZON A - SIMPANG PULAI, B –SIPUTEH/TRONOH DAN C - LAHAT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Dimaklumkan bahawa tuan dijemput untuk menghadiri sesi menandatangani surat akujanji dengan membawa seorang saksi beserta cop syarikat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

          Tarikh           :          28 Oktober 2016 (Jumaat)
          Masa             :          9.00 pagi
          Tempat         :          Bilik Mesyuarat Bunga Raya
                           Aras 1,
                           Majlis Daerah Batu Gajah

3.       Aturcara sesi menandatangani surat akujanji tersebut adalah seperti berikut:

          9.00 pagi  -  Ucapan Aluan oleh Pn. Nurdiana Binti Puaadi, YDP MDBG 
          9.05 pagi  -  Taklimat khas oleh PPKP En. Mohd Faizal b. Azizi
          9.20 pagi  -  Pihak Kontraktor Kawasan Menandatangani Surat Akujanji
          9.30 pagi  -  Bersurai

Sekian, terima kasih.

Arahan Kerja Unit Kawalan Penyakit (Vektor)

MEMO

Ruj. Fail : Bil (  02   ) MDBG. 32/03 Jld.2                               Tarikh : 27 Oktober 2016 


Perkara                  :         ARAHAN KERJA UNIT KAWALAN PENYAKIT (VEKTOR)

Daripada                 :         Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran  

Kepada                   :         Ketua Bahagian Perkhidmatan Perbandaran

Salinan kepada       :         Yang Dipertua     
                                          Setiausaha
                                
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Dimaklumkan bahawa mulai 01 November 2016, pihak tuan diminta untuk mematuhi arahan kerja seperti berikut:-
           
Masa
Arahan Tugas
Tempat
8.00 pagi
Taklimat pembahagian kerja di waktu pagi oleh Ketua Bahagian/Ketua Unit
Ruang Diskusi, JKAPP
2.00 petang
Lapor diri untuk pembahagian kerja di waktu petang oleh Ketua Bahagian/Ketua Unit

 Sekian, terima kasih.